Maserati rai kejayaan sedekad

A
A

10 tahun sudah berlalu sejak rangkaian kereta pertama Trident diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2009.

Naza Italia Maserati, pengimport dan pengedar tunggal kereta Maserati baru-baru ini meraikan kejayaan selama satu dekad selepas memperkenalkan rangkaian model kereta Maserati yang inovatif, selain mewujudkan pengalaman gaya hidup dan pemilikan jenama ikonik dari Itali untuk para pelanggan di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun Ke-10, Naza Italia Maserati memperkenalkan model kenderaan edisi terhad utiliti sukan (Sports Utility Vehicle (SUV)), Levante Vulcano Limited Edition. Hanya 10 unit boleh didapati di pasaran negara ini.

Levante Vulcano dikatakan menjadi titik bersejarah dalam perkembangan Maserati. Model ini memulakan era baharu bagi jenama ini apabila ia memasuki dunia kenderaan utiliti sukan mewah sepanjang sejarahnya yang melebihi 100 tahun. Semasa jenama ini mula dilancarkan pada tahun 2016, ia turut memberi sumbangan untuk melengkapkan rangkaian jenama kereta mewah dan sporty yang mewah ini. Sejak itu, Levante Vulcano telah menjadi model tambahan yang popular dalam pasaran kenderaan mewah di Malaysia.

Model ini dihasilkan dalam jumlah terhad sebanyak 150 buah unit untuk pasaran Eropah dan Asia termasuk Malaysia. Unit-unit di Malaysia dibekalkan dengan enjin twin-turbo V6 dengan 430 kuasa kuda serta kemasan eksklusif dan bahagian dalam dengan warna matte Grigio Lava serta logo Vulcano yang baharu dan perkataan one of 150.