Perdana Menteri Israel terima surat ugutan

Naftali Bennett
Naftali Bennett
A
A
A

BAITULMAQDIS - Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menerima surat ugutan mengandungi peluru pada Selasa, lapor media tempatan.

Menurut Perbadanan Penyiaran Awam Israel (KAN), polis telah melancarkan siasatan terhadap surat ugutan yang dihantar ke rumah Bennett di bandar Ra’anana di tengah Israel.

Agensi keselamatan Shin Bet Israel dan pihak polis kini menjalankan siasatan mengesan pengirim surat itu.

Shin Bet turut mengetatkan kawalan keselamatan untuk keluarga Bennett. - Bernama