Lelaki parah diserang menggunakan senjata tajam

Mohd Rosdi Daud
Mohd Rosdi Daud
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki cedera parah di bahagian kaki kanan dan kiri selepas diserang beberapa lelaki menggunakan senjata tajam di rumahnya di Kok Lanas di sini, kira-kira jam 2.15 pagi pada Selasa.

Mangsa yang berusia lewat 40-an kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.21 pagi daripada seorang wanita berusia 40-an.

"Susulan itu usaha mengesan kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu lebih bermotif kepada isu peribadi," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata 1960.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-3274302 atau 09-7752200," katanya.

Artikel Berkaitan: