Saya mahukan laporan segera: Sultan Johor

Paparan skrin kenyataan Sultan Johor di laman Facebook rasmi baginda.
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam.

Titah tersebut berikutan pencemaran di dua sungai tersebut hingga menyebabkan berlakunya kematian ikan-ikan di sungai terbabit.

Baginda Tuanku bertitah mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung pencemaran itu kerana tidak mahu kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Air berbau busuk, ikan ditemui mati

Sultan Johor juga mahu pihak berkuasa yang berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

"Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titahnya kepada Royal Press Office seperti dipetik dari Facebook rasminya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini, hari ini.