Teng Yen anak tempatan di persada antarabangsa

Tidak lekang dengan senyuman dan sentiasa bersemangat ketika berbual, Lai Teng Yen, merupakan figura yang bukan calang-calang.
Anak tempatan kelahiran Taiping, Perak ini sedang menempa kejayaan menerusi kerjaya yang membanggakan di peringkat antarabangsa.
Teng Yeng telah bersama Flex lebih dua dekad lalu, sebuah syarikat multinasional dalam pembuatan dan perkilangan yang terbesar di dunia.
Bermula dari bawah sebagai pengurus program, beliau kini berpangkalan di Hong Kong sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Global Asia dan bertanggungjawab menguruskan operasi syarikat di lima buah negara termasuk lebih 55,000 pekerja.