200 kotak kuih raya untuk golongan miskin

Zulkhairi (kanan) menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Operasi Petronas Pantai Timur, Azeman Said (kiri) pada Majlis Penyerahan Sentuhan Kasih Aidilfitri 2022 Yayasan Petronas di pejabat JKM Pahang.
Zulkhairi (kanan) menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Operasi Petronas Pantai Timur, Azeman Said (kiri) pada Majlis Penyerahan Sentuhan Kasih Aidilfitri 2022 Yayasan Petronas di pejabat JKM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 200 kotak kuih raya daripada Yayasan Petronas disumbangkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang untuk diagihkan kepada golongan miskin.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, sumbangan terbabit di bawah Program Sentuhan Kasih Aidilfitri 2022 Yayasan Petronas yang dilancarkan seluruh negara sebelum ini.

Menurutnya, setiap kotak terdapat 18 jenis kuih raya dan turut disediakan bersama cecair basmi kuman yang dapat menghalang penularan virus Covid-19

"Sumbangan ini akan diberikan kepada pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuantan dan PKMD Bera masing-masing 100 kotak untuk diagihkan.

"Kakitangan PKMD Kuantan dan PKMD Bera akan segera mengagihkan kotak kuih raya kepada golongan miskin yang berdaftar dengan JKM di dua daerah berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih pada Yayasan Petronas yang tampil menyumbang kuih raya kepada JKM untuk diagihkan kepada mereka yang layak.

"Kuih raya disediakan diharap dapat gembirakan setiap penerima yang mungkin tidak dapat menyediakan juadah Aidilfitri.

"Kita yakin sumbangan ini dapat mengurangkan beban kewangan penerima untuk membeli juadah untuk menyambut lebaran," katanya.

Artikel Disyorkan