Chelsea turun tanpa Rudiger

Rudiger
Rudiger
A
A
A

CHELSEA terus diuji apabila tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan utama, Antonio Rudiger bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Ham di Stamford Bridge pada Ahad.

Pengendalinya, Thomas Tuchel berkata, meskipun mengakui ketiadaan Rudiger bakal memberi impak besar kepada bahagian pertahanan Chelsea, namun pemain-pemainnya perlu belajar cara bertahan sebagai satu pasukan dan tidak bergantung hanya kepada seorang individu sahaja.

"Rudiger tidak berada dalam keadaan yang baik dan dia akan diketepikan ketika menentang West Ham.

"Benar, ketiadaan Rudiger akan beri kesan kepada benteng pertahanan, namun kita tidak boleh hanya bergantung kepada dia sahaja ketika bertahan.

"Ini kerana apabila anda bermain secara bertahan, ia melibatkan kesemua pemain dan bukannya hanya satu individu sahaja. Jadi semua pihak perlu memastikan pasukan tidak dibolosi bagi mengelakkan keputusan tidak bagus dicipta pada perlawanan ini," katanya.

Dalam pada itu, Tuchel menggesa pemain-pemainnya agar segera melupakan kekalahan kepada Arsenal pada minggu lalu dan cuba memperbaiki permainan ketika menentang West Ham.

Menurutnya perlawanan ini sangat penting dalam memastikan Chelsea dapat menamatkan musim ini di kelompok empat terbaik.

"Saya menjangkakan perlawanan ini akan sengit kerana kami akan lawan dengan sebuah pasukan yang hebat. Mereka sangat berbahaya terutama ketika melakukan serangan balas.

Artikel Berkaitan:

"Jadi saya harap pemain dapat melupakan apa yang terjadi pada minggu lalu, dan memberi tumpuan penuh pada perlawanan ini kerana kemenangan akan mencerahkan lagi peluang kami untuk menamatkan musim ini dikelompok empat terbaik," ujarnya.