Semoga ALLAH pelihara keselamatan saya: Radhi OAG

Radhi tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi pendakwaan kes mencederakan bekas isterinya, Selasa lalu.
Radhi tiba di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat bagi pendakwaan kes mencederakan bekas isterinya, Selasa lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Vokalis kumpulan OAG, Radhi memohon kepada semua peminat untuk mendoakan kekuatannya selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas dakwaan mencederakan bekas isteri, Selasa lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 45, berkata demikian ketika ditemui di luar mahkamah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

"Alhamdulillah, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas.

“Insya-ALLAH, semoga ALLAH pelihara keselamatan saya, amin," katanya ketika dibawa ke lokap mahkamah pada Jumaat.

Radhi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap Nur Shaira Ayu Zahiri, 28, di sebuah parkir di Kota Damansara pada jam 2.29 petang, 19 April lalu.

Prosiding dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamed Wafi Husain manakala penyanyi itu diwakili peguam Haziq Aizuddin Subhi.