Bapa pembangunan sukan ragbi negara meninggal dunia

Amiruddin meninggal dunia di IKN pagi Jumaat akibat penyakit kanser pundi kencing.
Amiruddin meninggal dunia di IKN pagi Jumaat akibat penyakit kanser pundi kencing.
A
A
A
ARENA ragbi negara, kehilangan sebutir permata apabila bekas Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Amiruddin Che Embi meninggal dunia pada Jumaat

Berita tersebut disahkan KRM, sambil memberitahu bapa pembangunan ragbi negara itu kembali ke rahmatullah di Institut Kanser Negara pagi Jumaat pada usia 75 tahun akibat penyakit kanser pundi kencing.

"Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke negeri kelahirannya di Kedah dan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Pegawai Alor Setar," katanya

Sepanjang penglibatan arwah dalam arena ragbi negara, Amiruddin berjaya membawa pasukan ragbi tujuh sebelah negara menghuni ranking ketujuh Asia pada 2013 sekali gus melayakkan diri ke sukan Komanwel di Glasgow 2014 dan Sukan Asia Incheon.

Malah bukan itu sahaja, Allahyarham juga berjaya membawa kejayaan buat pasukan ragbi 15 Sebelah Kebangsaan di Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 2 pada tahun 2013 dan Kejohanan Ragbi Asia Divisyen 1 pada tahun 2016 dan 2017.

Amiruddin juga pernah diamanatkan sebagai Ketua kontinjen Malaysia di Sukan SEA Myanmar pada tahun 2013 yang menyaksikan Malaysia berjaya memenangi 43 emas secara keseluruhan pada temasya tersebut.