KKM tidak pernah perakui produk ganti ubatan, insulin

Sumber gambar daripada siaran di Facebook rasmi KKM pada Selasa
Sumber gambar daripada siaran di Facebook rasmi KKM pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubat-ubatan termasuk insulin bagi merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah seperti yang didakwa oleh Facebook page ‘Myspringshop-US’.

KKM berkata, gambar yang digunakan dalam akaun Facebook berkenaan telah diubahsuai dari gambar asal.

“KKM meminta agar masyarakat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kenyataan yang tidak diketahui kesahihannya.

“KKM juga sekali lagi ingin menegaskan kepada para pengusaha atau pemilik produk untuk lebih bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan serta mengelirukan orang ramai,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Selasa.

Sumber gambar daripada siaran di Facebook rasmi KKM pada Selasa
Sumber gambar daripada siaran di Facebook rasmi KKM pada Selasa

Tambahnya, gambar asal diambil daripada siaran Facebook KKM pada 8 September 2021 bertajuk ‘Vaksin Covid-19: KKM sedia bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)’.

Selain itu, gambar daripada perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 19 Februari 2020 berkaitan memorandum persefahaman (MOU) di antara KKM dan ‘DoctorOnCall’ turut diubahsuai.