Penyokong Arsenal perlu terus berikan sokongan

Arteta. - Foto Getty Images
Arteta. - Foto Getty Images
A
A
A

PENYOKONG Arsenal diminta untuk terus memberikan sokongan padu kepada pasukan itu ketika berdepan Chelsea sewaktu aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Khamis.

Menurut pengendali The Gunners, Mikel Arteta, sokongan penyokong ketika ini sangat ditagih bagi menyemarakkan semangat pemain dan seterusnya mencatatkan kejayaan pada pertemuan dengan skuad The Blues itu.

“Kepada semua penyokong Arsenal, teruskanlah memberi sokongan anda kepada pasukan yang akan berkunjung ke Stamford Bridge kali ini.

“Ini kerana, kemenangan kali ini juga akan membantu kami mengukuhkan kedudukan bagi mengharungi baki perlawanan yang masih ada.

“Oleh itu, saya yakin kesemua pemain sangat-sangat memerlukan sokongan daripada anda bagi mencatatkan kejayaan pada perlawanan ini,” katanya.

Arsenal kini berada pada kedudukan keenam EPL dengan 54 mata setelah mengharungi 31 perlawanan.

Justeru, The Gunners dilihat masih mempunyai tujuh perlawanan untuk diharungi musim ini dan masih berpeluang untuk merebut slot ke saingan Liga Juara-Juara.

Arteta berkata, kebanyakan pemain Arsenal musim ini adalah merupakan pemain muda berusia dalam lingkungan 19 hingga 21 tahun.

Sementara itu, Arteta berharap ia membantu skuad itu melakar kemenangan pada baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Oleh itu, katanya, pada usia sedemikian sememangnya sokongan daripada penyokong memang sangat diperlukan bagi membantu meningkatkan semangat masing-masing.

“Kebanyakan pemain kita masih muda dan anda selaku penyokong perlu terus memberikan sokongan kepada pasukan kerana pemain-pemain memang sangat memerlukannya,” katanya.