'Saya akan terus suarakan sokongan padu kepada Palestin'

Hishammuddin
Hishammuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan beliau akan terus menyuarakan sokongan padu kepada rakyat Palestin yang masih dizalimi rejim Zionis.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, walaupun beliau tidak lagi bergelar Menteri Luar tetapi Palestin tetap menjadi perhatiannya.

"Biarpun tidak lagi di Wisma Putra, saya akan terus suarakan sokongan padu kepada rakyat Palestin serta menyeru seluruh masyarakat dunia menentang kekejaman Israel," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada malam Isnin.

Menerusi hantaran tersebut, Hishammuddin turut berkongsi gambarnya bersalaman dengan wakil Palestin pada Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara.

"Sempat bertanya khabar dengan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali tadi," ujarnya.

Artikel Berkaitan: