'Pengadil perlu lindungi permain'

Antonio Conte. - Foto AFP
Antonio Conte. - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte menegaskan pengadil perlu memberi lebih tumpuan dalam melindungi para pemain semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Malah jelas Conte, beberapa pemain ketika perlawanan Tottenham-Brighton sewajarnya dilayangkan kad kuning kedua oleh pegawai perlawanan susulan insiden perebutan bola dan terjahan semasa kedua-dua pasukan berentap di Stadium Tottenham Hotspur tersebut.

“Kadangkala saya fikir para pengadil perlu memberi lebih perhatian untuk melindungi pemain dalam perlawanan berintensiti tinggi seperti ini.

“Saya faham anda pergi mengambil bola, namun jika anda pergi mengambil separuh bola dan separuh badan secara tidak langsung anda mendatangkan kecederaan kepada pemain, ia tidak sama.

“Saya fikir tiba masa para pengadil perlu memberi perhatian yang besar untuk memahami isu ini demi keselamatan pemain pada masa depan,” kata Conte ketika ditanya mengenai status Matt Doherty dan isu terjahan pemain Brighton.

Aksi di London itu menyaksikan beberapa insiden layangan kad pengadil Craig Pawson antaranya kepada pemain Tottenham, Dejan Kulusevski yang menyiku Marc Cucurella, namun hanya dilayangkan kad kuning.

Pemain Brighton, Enock Mwepu, juga berdepan situasi sama yang dilayangkan kad kuning sebelum itu, namun terlepas hukuman lanjut setelah dihukum mengasari Ben Davies.

Untuk rekod, Tottenham kehilangan Doherty untuk baki saingan ketika menang di Aston minggu lalu di Aston Villa apabila dia mengalami kecederaan akibat terjahan pemain lawan Matty Cash.

Artikel Berkaitan:

Gol tunggal tonggak The Seagulls, Leandro Trossard pada minit ke-90', membolehkan Brighton membawa pulang tiga mata dari Tottenham.