Enam banduan tahanan reman didakwa esok

Laporan SInar Harian pada 10 April lalu. (Gambar kecil: Maslan)
Laporan SInar Harian pada 10 April lalu. (Gambar kecil: Maslan)
A
A
A

JELEBU - Enam daripada tujuh banduan tahanan reman yang berjaya ditahan selepas melarikan diri dari Penjara Jelebu pada 10 April lepas akan di hadapkan ke mahkamah pada Isnin.

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, kesemua banduan berusia 28 hingga 62 tahun itu akan dituduh dibawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan terhadap mereka akan dibuat di Mahkamah Majistret Bahau pada Isnin," katanya ketika di huhungi Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau, seorang lagi banduan, Muhammad Syafiq Rohmat atau Umai, 32 tahun yang beralamat terakhir di Felda Pasoh 2 masih bebas giat diburu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau pegawai penyiasat Inspektor Zuria Anis Mahassan di talian 016-6096996," katanya.

Media sebelum ini melaporkan tujuh banduan yang menjalani tahanan reman di Penjara Jelebu di sini, melarikan diri pada 10 April lepas.

Tujuh banduan itu merupakan Sohaimi Khalid, 50, Mazlan Samah, 39, Mohamad Aminuddin Khan Mohd Yusof, 28, Shazuan Md Sharif, 32, Mohd Zairizan Zainal, 42, Muhammad Syafiq Rohmat, 32, dan seorang warga asing, Zainuddin, 62 tahun.

Bagaimanapun enam daripada tujuh banduan tersebut berjaya ditahan di lokasi dan tarikh berbeza.

Artikel Berkaitan:

Seorang banduan ditahan di kawasan kebun sawit Kongkoi pada 10 April lalu, dua banduan masing-masing ditahan di Kampung Petasih Tengah, Pertang pada 11 April dan Sungai Muntoh,Titi pada 12 April manakala tiga lagi banduan ditahan di kawasan semak Jalan Purun, Kuala Klawang pada waktu malam pada 12 April lepas.