Klopp bangga aksi Liverpool

Sebahagian pemain Liverpool meraikan kejayaan mara ke final Piala FA. - Foto EPA
Sebahagian pemain Liverpool meraikan kejayaan mara ke final Piala FA. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kemenangan 3-2 skuad kendaliannya itu ke atas Manchester City pada Sabtu, sebagai antara aksi terbaik yang dipamerkan kesebelasan The Reds sepanjang dia mengendalikan kelab berkenaan sejak 2015 lalu.

Menurut Klopp, dia berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain hingga mampu mendahului City 3-0 pada separuh masa pertama selain mengekang asakan-asakan lawan pada separuh masa kedua.

“Tidak keterlaluan kalau saya katakan ini adalah merupakan antara persembahan terbaik kita, terutamanya apabila memikirkan kualiti yang ada pada pasukan lawan (City).

“Apa pun pemain telah mengikuti perancangan yang telah diatur selain menjaringkan gol pada ketika yang tepat.

“Secara keseluruhannya, kami telah beraksi dengan cukup cemerlang terutamanya pada separuh masa pertama dan saya berharap momentum ini bakal berterusan,” katanya.

Penyerang Liverpool Mohamed Salah cuba melepas asakan daripada pemain City, Nathan Ake pada aksi separuh akhir berkenaan. - Foto EPA
Penyerang Liverpool Mohamed Salah cuba melepas asakan daripada pemain City, Nathan Ake pada aksi separuh akhir berkenaan. - Foto EPA

Pada aksi separuh akhir berkenaan Ibrahim Konate membuka jaringan buat The Reds apabila menanduk masuk pada minit ke-9 sebelum Sadio Mane menambah dua lagi gol pada minit ke-17 dan min-45.

Bagaimanapun, City tetap berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Jack Grealish pada minit ke-47 dan Bernardo Silva pada masa kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kebangkitan dipamerkan City pada separuh masa kedua, Klopp berkata perkara itu sebenarnya adalah kualiti sebenar yang ada pada City.

Malah katanya, mana-mana pasukan pun masih belum selamat ketika berdepan City walaupun memiliki kelebihan walaupun mendahului 3-1.

Klopp - Foto EPA
Klopp - Foto EPA

“City merupakan sebuah pasukan yang mampu melakukan apa sahaja walaupun ketinggalan dari segi jaringan.

“Apa pun, kita berbangga dengan kemenangan ini dan kini fokus kita adalah untuk mengharungi aksi final nanti,” katanya.