SMUA Darul Anuar usaha tambah fasiliti pelajar

SMUA Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu ingin membangunkan kantin dan perpustakaa membabitkan pembinaan bernilai RM1.3 juta untuk kemudahan pelajar. Gambar kecil: Maliki
SMUA Darul Anuar, Pulau Melaka, Kota Bharu ingin membangunkan kantin dan perpustakaa membabitkan pembinaan bernilai RM1.3 juta untuk kemudahan pelajar. Gambar kecil: Maliki
A
A
A

KOTA BHARU - Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Anuar, Pulau Melaka di sini yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mahu menambah fasaliti baharu bagi meningkatkan kemudahan untuk pelajar di pusat pengajian berkenaan.

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Maliki Ramli berkata, kemudahan tersebut melibatkan bangunan kantin dan perpustakaan dengan pembinaan bernilai RM1.3 juta.

"Pembinaan baharu ini penting kerana bilangan pelajar semakin bertambah dan sudah mencecah seramai 500 orang.

"Kantin yang sedia ada ketika ini sudah tidak mampu menampung operasi tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembinaan perpustakaan juga memberikan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar.

Katanya, kedua-dua kemudahan itu merupakan keperluan mendesak bagi memastikan pelajar dapat menjalani sesi pembelajaran lebih sempurna.

Orang ramai yang ingin menambah 'pelaburan' akhirat boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka di 03018010172469 atas nama SMUA Darul Anuar.

Artikel Berkaitan: