Perak FC milik JR Resources

Perak FC
Perak FC
A
A
A

IPOH - Impact Media and Communication Sdn Bhd (IMC) bersetuju untuk menjual Perak FC kepada pemilik baharu, JR Resources and Services Sdn Bhd (JR).

Dalam satu kenyataan yang dikongsi di Facebook Perak Football Club memaklumkan, IMC telah menyertai perbincangan dengan syarikat tujuan khas tersebut untuk menjual pegangan mereka ke atas Perak FC, Isnin lalu.

"Persetujuan itu menyaksikan IMC menjual keseluruhan pegangan mereka pada harga RM1 sesaham, memberikan subsidiari itu nilai keseluruhan berjumlah RM2,500.

"Mesyuarat pada Isnin lalu juga telah dijalankan untuk memeriksa dan mengesahkan semua liabiliti kelab tersebut," kata kenyataan tersebut pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu lagi, proses dokumentasi dijangka bermula pada Isnin ini dan pengambilalihan dijangka selesai sepenuhnya pada hari berikutnya.

“Perjanjian ini telah berjaya dicapai dengan keinginan yang tinggi daripada kedua belah pihak untuk melihat Perak FC kembali semula mencapai kedudukan kewangan yang stabil dan terus bertanding dalam Liga Perdana musim ini.

“Kami memohon maaf kepada semua pemegang saham di atas ketidakupayaan kami menyelesaikan liabiliti kelab sewaktu pegangan singkat kami ke atas Perak FC.

"Kami mengharapkan semangat dan penjagaan yang sama akan diteruskan oleh para penyokong bersama pemilik yang baru nanti,” kata IMC.

Artikel Berkaitan: