Debat Najib-Anwar: Notis sidang akhbar dikeluarkan petang ini

Fahmi
Fahmi
A
A
A

SHAH ALAM - Satu notis khas akan dikeluarkan lewat petang ini bagi memperincikan sidang akhbar yang dijadual berlangsung pada Ahad mengenai debat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, notis yang dikeluarkan itu akan memutuskan lokasi dan waktu sidang akhbar selepas dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Mengenai sidang akhbar yang akan dibuat esok (Ahad), kita masih mencari lokasi yang bersesuaian sama ada berdekatan dengan lokasi yang kita inginkan atau paling tidak tempat yang dirasakan sesuai.

“Jadi, Insya-ALLAH petang ini kita akan keluarkan notis pemakluman sidang akhbar kepada semua media,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua pemimpin itu saling mencabar antara satu sama lain untuk merungkai mengenai isu Sapura Energy Berhad (SEB) yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sebelum ini, Najib merupakan individu terawal yang mencadangkan kerajaan supaya menyelamatkan SEB yang berhadapan dengan krisis kewangan teruk.

Bagaimanapun, idea Najib disanggah bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang berpandangan masalah tersebut boleh diselesaikan pengurusan syarikat itu sendiri seperti pelaksanaan rasionalisasi projek dan portfolio dengan menghentikan sebarang operasi atau projek yang membazir, tidak menguntungkan serta tidak mampu disiapkan.

Artikel Berkaitan: