Vit's kongsi rezeki Ramadan

Edar 1,500 bungkusan percuma kepada pengunjung Iftar Ala Madinah @Karangkraf

A
A
A

Pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR untuk dapatkan mi kering dan mi segera jenama Vit's.
Pengunjung hanya perlu mengimbas kod QR untuk dapatkan mi kering dan mi segera jenama Vit's.

SHAH ALAM - Syarikat pengeluar makanan segera, Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd (Vit’s) telah bekerjasama dengan Sinar Harian menyediakan juadah berbuka puasa kepada orang ramai yang hadir menyertai Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang diadakan di Dataran Karangkraf, di sini pada Jumaat.

LAI
LAI

Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, selain dapat mengeratkan hubungan sesama ummah, program seumpama itu juga dapat memperkenalkan secara lebih meluas rangkaian produk Vit's dalam kalangan masyarakat umum.

“Ini merupakan pertama kali kami bekerjasama dengan Sinar Harian untuk program berbuka puasa pada tahun ini.

“Sebanyak 1,500 bungkusan mi kering dan mi segera diagihkan kepada pengunjung yang hadir,” katanya ketika Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Dataran Karangkraf di sini, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 1,500 bungkus mi kering dan mi segera diagihkan kepada pengunjung yang hadir pada Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.
Sebanyak 1,500 bungkus mi kering dan mi segera diagihkan kepada pengunjung yang hadir pada Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Vit Makanan Kuala Lumpur merupakan salah satu syarikat pengeluar makanan berasaskan mi segera yang telah ditubuhkan sejak 1975, malah telah mengeksport produk tersebut ke lebih 10 buah negara.

Mengulas lanjut, Lai berkata, Vit's telah menempa kedudukan yang kukuh di Malaysia serta giat memperkenalkan inovasi produk baharu.

“Vit’s telah berjaya mengeluarkan lebih daripada 25 jenis produk. Terbaharu, ‘Vit's Italian Mi Goreng Carbonara’ yang menampilkan rasa eksklusif Itali untuk anda nikmati.

“Selain itu, ia juga diperbuat daripada keju premium, ayam ham, mentega, kepingan cili, krim dan campuran herba serta rempah asli menambah aura masakan Itali yang sebenar, selain bebas daripada bahan pengawet dan tiruan warna,” jelasnya.

Pengunjung tidak terlepas peluang menerima bungkusan mi kering dan mi segera secara percuma.
Pengunjung tidak terlepas peluang menerima bungkusan mi kering dan mi segera secara percuma.

Tambah Lai, produk Vit's sangat mudah dimasak sesuai untuk mereka yang mempunyai masa terhad, juga sesuai untuk dijadikan juadah berbuka atau bersahur.

Sebagai jenama mi segera yang terawal di Malaysia, Vit's sering mengadakan pelbagai promosi kepada pelanggan setia.

Beberapa kru Vit's turut terlibat dalam Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang berlangsung pada Jumaat.
Beberapa kru Vit's turut terlibat dalam Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf yang berlangsung pada Jumaat.

Bermula 23 March lalu, Vit's mempromosikan kempen Ramadan Dirindui iaitu pembelian dua kombo pek Edisi Ramadan berharga RM7.05 di Shopee di mana satu pek akan didermakan ke Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Kempen berkenaan berakhir pada 6 Jun depan.

Vit's turut menyasarkan pengeluaran produk terbaru iaitu Pan Mee Goreng Ayam Penyet pada tahun ini, untuk memikat selera penggemarnya.

Mi segera perisa kari antara variasi produk Vit's yang diagihkan kepada pengunjung.
Mi segera perisa kari antara variasi produk Vit's yang diagihkan kepada pengunjung.

Dengan adanya produk ini nanti, kami berharap sokongan anda terhadap jenama Vit's tidak akan pernah luntur,” katanya.