Sean Dyche, Burnley akhirnya berpisah

Sean Dyche
Sean Dyche
A
A
A

PENGENDALI Burnley, Sean Dyche akhir direhatkan selepas mengharungi 30 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang menyaksikan The Clarets berada di kedudukan ke-18 dalam kalangan 20 pasukan.

"Pihak kelab bola sepak Burnley mahu berterima kasih kepada Sean Dyche dan pasukannya atas pencapaian selama hampir satu dekad berbakti di kelab ini.

"Sean Dyche dihormati sama ada dalam atau luar padang dalam kalangan pemain, staf, penyokong dan komuniti bola sepak sepanjang berkhidmat di Turf Moor.

"Biarpun begitu keputusan tidak memberangsangkan pada musim ini dengan berbaki lapan perlawanan, pihak kelab bola sepak Burnley merasakan perlu satu perubahan diusahakan dalam masa terdekat bagi mengekalkan status kelab Liga Perdana Inggeris," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Burnley akan berdepan gergasi London, West Ham United dalam perlawanan liga pada Ahad ini.

Artikel Berkaitan: