Curi emas, joli seminggu sebelum dicekup

Laporan Sinar Harian 9 April lalu berhubung kejadian curi emas di sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah
Laporan Sinar Harian 9 April lalu berhubung kejadian curi emas di sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah
A
A
A

KUALA PILAH - Selepas seminggu berjoli dengan emas curi bernilai RM10,000, sepasang kekasih akhirnya ditahan pada Khamis.

Pasangan berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam di sekitar Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, suspek dipercayai menggadaikan seutas gelang emas seberat 36.76 gram yang dicuri dari sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah dalam kejadian 8 April lalu.

"Polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha NVX, beberapa helai pakaian dipercayai digunakan pada hari kejadian, resit pajak gadai, sejumlah wang tunai dan tiga telefon bimbit.

"Suspek disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah di sini pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan wajah suspek kemudian tular di Facebook.

Artikel Berkaitan: