Bot karam: Dua hilang, tiga selamat

Pasukan bomba memulakan SAR mencari dua mangsa bot karam yang hilang di perairan Pulau Tandoan, Semporna.
Pasukan bomba memulakan SAR mencari dua mangsa bot karam yang hilang di perairan Pulau Tandoan, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Dua individu hilang manakala tiga lagi selamat selepas bot yang mereka naiki karam dalam kejadian di perairan Pulau Tandoan, di sini, pada malam Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air Semporna menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.10 malam.

Katanya, seramai lima anggota BBP Air Semporna dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh empat kilometer.

"Menurut laporan yang diterima daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, terdapat sebuah bot karam di kawasan perairan Pulau Tandoaan.

"Menurut maklumat juga terdapat lima mangsa terlibat, tiga daripadanya terselamat manakala dua lagi masih belum ditemui," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya lagi, maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu.

"Masih dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) lagi dan maklumat terperinci saya belum diterima kerana kita belum dapat mangsa lagi.

Artikel Berkaitan:

"Maklumat akan dikemas kini dan diberikan jika sudah ada," katanya.