PRU15: Bersatu bincang elak pertembungan kerusi

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak bersependapat bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha itu akan diteruskan selepas sambutan Aidilfitri kelak.

"Bulan puasa ini perlahan sikit. Mungkin selepas raya dengan keadaan mengizinkan kita akan usahakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara dekat sini pada Khamis.

Sebelum ini, Muhyiddin dilapor mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengemukakan cadangan gabungan parti.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan lalu, Muhyiddin berkata, beliau didatangi beberapa pemimpin parti politik yang menyuarakan pandangan supaya parti selain Barisan Nasional (BN) merintis satu bentuk kerjasama politik bagi mengelakkan pertembungan banyak penjuru dalam PRU15.

Artikel Berkaitan: