Tiga penduduk Palestin maut akibat kekejaman Israel

Orang ramai mengusung jenazah seorang peguam, Muhammad Hassan Muhammad Assaf di Tebing Barat pada Rabu. - Foto AFP
Orang ramai mengusung jenazah seorang peguam, Muhammad Hassan Muhammad Assaf di Tebing Barat pada Rabu. - Foto AFP
A
A
A

NABLUS - Seorang peguam Palestin dan dua remaja terbunuh pada Rabu iaitu hari kelima serbuan dilakukan oleh pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat.

Kejadian terbaru itu menjadikan jumlah kematian penduduk Palestin ialah 18 orang.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, seorang peguam hak asasi manusia, Muhammad Hassan Muhammad Assaf, 34, maut selepas ditembak di dada oleh tentera Israel semasa pencerobohan di bandar Nablu, utara Tebing Barat.

Tentera Israel tidak mengesahkan ia telah menembak peguam tersebut.

Pada sebelah malam, kementerian tersebut menyatakan tentera Israel menembak mati seorang remaja di selatan Tebing Barat.

Seorang ketua masyarakat memberitahu AFP bahawa remaja yang terkorban itu ialah Qusai Hamamrah berusia 16 tahun.

Beratus-ratus penduduk Palestin merusuh di kawasan itu berikutan kejadian tersebut.

Kementerian Kesihatan itu juga mengumumkan kematian Amer Elya yang dikatakan terbunuh akibat peluru hidup di dada yang ditembak oleh tentera Israel berikutan operasi di Silwa dengan enam lagi penduduk Palestin cedera.

Artikel Berkaitan:

Penduduk tempatan memberitahu AFP bahawa Elyan berusia 18 tahun. - Agensi