Kes bunuh rakan senegara, reman lelaki Rohingya disambung

Laporan Sinar Harian pada 7 April lalu.
Laporan Sinar Harian pada 7 April lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Perintah reman terhadap seorang lelaki warga Rohingya yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan rakan senegara di Jalan Bukit Tembok di sini disambung enam hari lagi.

Perintah reman terhadap suspek berusia 40 tahun itu sepatutnya berakhir pada Rabu, tetapi disambung sehingga 19 April.

Sinar Harian pada 7 April lalu melaporkan mayat seorang lelaki warga Rohingya ditemui dengan kesan tikaman di bahagian perut dipercayai dibunuh oleh rakan senegara di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi daripada orang awam

Sebaik tiba di lokasi, polis menemui satu mayat lelaki warga Rohingya berusia 19 tahun di bahagian lorong dapur menuju ke bilik dengan kesan tikaman di perut.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa ditikam dengan menggunakan senjata tajam dan meninggal dunia lebih kurang lima jam, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Rabu.

Menurutnya, difahamkan mangsa menumpang di rumah sewa suspek berusia 40-an sejak seminggu lalu sebelum berlaku pergaduhan antara mereka yang tidak diketahui puncanya.

Artikel Berkaitan: