Liverpool, City lepas ranjau Benfica, Atletico

Konate penjaring gol pertama Liverpool ketika melayan kunjungan Benfica di Anfield.
Konate penjaring gol pertama Liverpool ketika melayan kunjungan Benfica di Anfield.
A
A
A

LIVERPOOL menepati ramalan pasukan pilihan kempen Liga Juara-Juara apabila tidak berdepan masalah mara ke separuh akhir selepas menewaskan kelab Portugal, Benfica, 6-4 secara agregat di Stadium Anfield.

Angkatan Jurgen Klopp yang menanti kunjungan armada Nélson Veríssimo dengan bekalan selesa hasil kemenangan 3-1 suku akhir pertama di Lisbon sebelum ternyata bermula garang menguji benteng pelawat yang dikemudi Odysseas Vlachodimos.

Bagaimanapun kubu The Eagles roboh apabila Ibrahima Konate meletakkan The Reds di depan seawal minit ke-21' selepas menyempurnakan hantaran

Konstantinos Tsimikas dengan tandukan padu menewaskan Vlachodimos.

Ketinggalan satu gol ternyata tidak mengoyangkan Benfica, apabila Gonçalo Ramos kembali mengikat jaringan pada minit ke-32 untuk kedua-dua pasukan menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 1-1.

Bersambung babak kedua, Roberto Firmino menambah derita pelawat apabila memanfaatkan kealpaan

Vlachodimos yang pantas disambar Diogo Jota sebelum diterjemahkan dalam bentuk gol oleh peledak dari Brazil tersebut pada minit ke-55'.

Bekas bintang kelab Bundesliga, 1899 Hoffenheim berusia 30 yang menyertai The Reds pada 2015 sekali lagi menjadi duri dalam daging The Eagles apabila mencetak gol kedua peribadinya pada minit ke-65' dengan voli menarik selepas menterjemahkan sepak percuma Tsimikas.

Artikel Berkaitan:

Anak buah Veríssimo yang tidak mengalah ketinggalan dua gol, memperkemaskan permainan akhirnya kembali semula ke dalam perlawanan apabila Roman Yaremchuk menyempurnakan jaringan kedua pada minit ke-73' sebelum bintang muda dari Uruguay, Darwin Nunez mengikat kedudukan 3-3 dengan gol pada minit ke-81'.

Dalam satu lagi aksi suku akhir kedua di Stadium Wanda Metropolitano, Manchester City kendalian Pep Guardiola mengesahkan kemaraan ke pusingan berikutnya dengan kemenangan agregat 1-0 ke atas Atletico Madrid.

The Citizens berjaya memanfaatkan kekurangan Colchoneros asuhan Diego Simeone yang terpaksa beraksi 10 pemain selepas Felipe dilayangkan kad merah apabila menerima kad kuning kedua pada minit ke-92' untuk memastikan kedudukan seri tanpa jaringan.


LIGA JUARA-JUARA


Separuh Akhir Pertama

Liverpool lwn Villarreal

Manchester City lwn Real Madrid