X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Lelaki terlibat kes buang bayi akan didakwa esok

A
A

KLANG - Seorang lelaki yang merupakan kekasih kepada ibu bayi yang ditemui meninggal dunia di kawasan tempat membuang sampah sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, lelaki tempatan itu merupakan antara suspek terlibat dalam kes tersebut.

"Pertuduhan terhadap suspek akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang.

"Bagaimanapun, kekasihnya yang merupakan ibu kepada mangsa masih dalam tempoh reman sementara menunggu laporan Imigresen," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Khamis, seorang wanita warga asing dan lelaki tempatan dipercayai sepasang kekasih ditahan kerana disyaki terlibat kes membuang bayi lelaki berusia empat bulan dalam kejadian di sebuah kondominium di Bandar Baru Klang di sini.

Bayi berumur empat bulan itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat pembuangan sampah di kondominium tersebut.

Pemeriksaan daripada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke atas bayi tersebut mendapati mangsa sudah tidak bernyawa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!