Tiga ahli sindiket judi dalam talian diberkas

Tiga individu disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas di sebuah kondominium di Desa Petaling pada Selasa.
Tiga individu disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas di sebuah kondominium di Desa Petaling pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tiga individu termasuk seorang wanita warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, kesemua individu berusia 18 hingga 22 tahun itu ditahan pada jam 5.45 petang.

"Kita turut merampas dua unit komputer riba pelbagai jenama, satu unit monitor komputer, tiga telefon bimbit dan satu unit modem yang digunakan dalam kegiatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mahidisham berkata, kesemua suspek ditahan reman dua hari bermula Rabu sehingga Khamis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.

Mahidisham berkata, polis menasihatkan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat jenayah atau aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Luala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585.

"Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Seam Response Center di talian 03-26101559/1599, WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111 222, semakmule.rmp.gov.my atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: