Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Pesta Songkran

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Pesta Songkran kepada masyarakat Siam di negara ini.

Turut menzahirkan ucapan sama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di Facebook Istana Negara pada Rabu, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan semoga Pesta Songkran membawa keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan kepada semua.

Songkran yang terkenal sebagai festival air adalah sambutan Tahun Baru Thailand yang disambut selama tiga hari bermula 13 April setiap tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: