Tiada unsur rasuah dalam pembinaan jeti RM50,000 di Miri: SPRM

Projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak bernilai RM50,000.
Projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak bernilai RM50,000.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah dalam projek pembinaan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sumber SPRM berkata, kayu yang diguna dalam projek bernilai RM50,000 berkenaan adalah kayu belian asli dan disahkan oleh pakar.

Menurut sumber itu, ibu pejabat SPRM telah mengarahkan SPRM Sarawak untuk meneliti projek di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu, susulan dakwaan orang ramai ia memakan kos yang mahal untuk sebuah jeti kayu sepanjang 15 meter.

"Hasil penelitian yang dibuat tidak menunjukkan terdapat sebarang rasuah atau penyelewengan dalam projek berkenaan," katanya.

Pada Ahad lepas 8 April lepas JKR Sarawak di laman Facebooknya telah memuat naik gambar jeti kayu berkenaan bersama kos pembinaannya yang mengundang kritikan orang ramai yang beranggapan kos itu terlalu mahal untuk sebuah jeti kayu dan memohon agar pihak SPRM membuat siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.- Bernama

Artikel Berkaitan: