Alam Flora sumbang 200 pek makanan berbuka kepada Sinar Harian

Suriati (kiri) menyerahkan pek makanan berbuka puasa kepada Hussamuddin di Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada Selasa.
Suriati (kiri) menyerahkan pek makanan berbuka puasa kepada Hussamuddin di Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Alam Flora Sdn Bhd berbesar hati menyumbangkan 200 pek makanan berbuka puasa untuk warga kerja Sinar Harian.

Sumbangan berkenaan disampaikan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah di Ibu Pejabat Sinar Harian di sini pada Selasa.

Ketua Bahagian Komunikasi dan Penjenamaan Alam Flora, Suriati Mokhtar berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.

"Ini juga sebagai satu bentuk penghargaan kepada warga kerja Sinar Harian yang memberi kerjasama terbaik dengan Alam Flora. Kami mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini sebagai masa terbaik untuk memberi," katanya kepada Sinar Harian.

Suriati (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Nasir di Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada Selasa.
Suriati (tiga dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Nasir di Ibu Pejabat Sinar Harian di Shah Alam pada Selasa.

Tambah beliau, Alam Flora turut menggerakkan program CSR lain antaranya pemberian bubur lambuk kepada orang ramai.

"Alam Flora juga mengadakan kempen 'Katakan tidak kepada plastik sekali guna' kepada orang ramai di Pahang dan Putrajaya sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: