Guru terkejut baki RM78 dalam bank

Seorang guru wanita diperdaya sindiket Macau Scam mengakibatkan kerugian RM265,225.50. - Gambar hiasan
Seorang guru wanita diperdaya sindiket Macau Scam mengakibatkan kerugian RM265,225.50. - Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Selepas 10 bulan, seorang guru wanita menyedari yang dia diperdaya oleh sindiket Macau Scam mengakibatkan kerugian RM265,225.50.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa berusia 43 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon Jun tahun lalu mengenai pengesahan tuntutan insurans.

"Mangsa menafikan dia melakukan tuntutan namun suspek memberitahu akan membuat laporan polis berkaitan hal mangsa.

"Pada hari sama mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai 'Sarjan Razlan' dari Balai Polis Ampangan Jaya memberitahu berkenaan laporan polis dibuat pihak insurans," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Selasa.

Menurutnya, mangsa diberitahu yang nama dan nombor kad pengenalannya terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Ujarnya, terdapat 13 akaun bank yang dibuka dan terlibat dengan kes pengubahan wang haram berkenaan.

"Pada hari lain mangsa menerima panggilan daripada 'polis lain' dan memaklumkan perlu buat pindahan duit ke akaun bank lain yang mangsa ada untuk dijadikan dana bayaran selesaikan kes terbabit.

"Bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 26 Mac lalu, mangsa telah melakukan sembilan transaksi pindahan atau memasukkan tunai ke akaun bank rakyatnya berjumlah RM265,225.50 yang mana sebanyak RM200,000 diperoleh daripada pinjaman bank," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, pada Jumaat lalu mangsa menyedari ditipu selepas mendapati baki dalam akaun banknya tinggal RM78.