Bayi ditemui dalam kotak stabil: JKM Pahang

Bayi lelaki ini diletakkan dalam kotak ditinggalkan di depan surau.
Bayi lelaki ini diletakkan dalam kotak ditinggalkan di depan surau.
A
A
A

KUANTAN - Bayi lelaki yang ditinggalkan di tepi surau Teluk Chempedak di sini semalam, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang Zulkhairi Zainol Abidin.

Beliau berkata, bayi yang masih belum diberi nama itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini bagi tujuan pemantauan.

"Bayi seberat 1.47 kilogram itu dianggarkan dilahirkan pada usia 34 minggu dan akan ditempatkan di institusi JKM apabila dibenarkan keluar dari hospital," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan penemuan bayi berbalut tuala yang ditinggalkan di dalam kotak beralaskan kain batik oleh seorang penjaga tandas di pantai peranginan itu Zahida Abd Rashid, 45, pada pukul 10 pagi.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam dan ditemui dalam keadaan bersih dengan hanya sedikit tompokan darah di sekitar tali pusatnya.-Bernama

Artikel Berkaitan: