Rombakan Kabinet: Serah kepada Dr Mahathir

Zulqarnain
Zulqarnain
A
A
A

GUA MUSANG - PKR Kelantan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam membuat keputusan bagi isu berkaitan rombakan kabinet PH.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Zulqarnain Zakaria berkata, PKR Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan beliau (Mahathir).

"Kita menyerahkan kuasa dan keputusan kepada yang lebih layak. Apa yang baik buat Dr Mahathir, itulah yang terbaik buat kita semua.

"Sebagai wakil pimpinan negeri, kita terima apa jua keputusan pemimpin tertinggi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan Rakyat Parlimen Gua Musang yang berlangsung di Padang Awam Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, kabinetr PH perlu dirombak bagi memberi ruang kepada menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisyen dalam mengurus tadbir negara.

Kata Abdul Hadi, kerajaan sedia ada sepatutnya menunjukkan kebijaksanaan mereka mentadbir negara dan bukan mengambil keputusan menjual aset negara sambil menyalahkan kerajaan terdahulu.

Jelasnya, perancangan kerajaan mahu melepaskan aset bukan teras dan bukan strategik Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) termasuk syarikat penerbangan Malaysia (MAS) bukan satu penyelesaian.

Artikel Berkaitan: