PM berbuka bersama warga kerja GLC, GLIC, badan berkanun

Ismail Sabri beramah mesra dengan warga kerja dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Perlaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Badan Berkanun Persekutuan pada majlis berbuka puasa di Seri Perdana, pada Isnin. - Foto Bernama

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari pada Isnin berbuka puasa bersama warga kerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan badan berkanun Persekutuan di kediaman rasmi Seri Perdana di sini.

Majlis yang dihadiri kira-kira 500 tetamu itu turut dihadiri Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Hasan Arifin; Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Azman Mokhtar.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran 46 anak yatim berusia empat hingga 17 tahun daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang di Selangor, dan Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra dan bergambar kepada mereka.

Ismail Sabri kemudian menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah. - Bernama

Artikel Berkaitan: