Empat kenderaan terlibat kemalangan

Kenderaan ronda LPT2 yang berada di tempat kejadian untuk kawalan lalu lintas telah dilanggar sebuah Proton Waja yang datang dari belakang.
A
A

HULU TERENGGANU - Empat kenderaan termasuk sebuah peronda Lebuhraya Pantai Timur (LPT) terlibat kemalangan di KM395.1 LPT2 Bukit Besi-Ajil, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 pagi itu kesemua yang terlibat selamat dan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah Proton Saga FL 1.3M yang hilang kawalan lalu terbabas sendiri.

"Kemudiannya datang sebuah BMW 135i dari arah belakang. Pemandu telah melihat kenderaan terbabas itu dalam keadaan jalan yang samar-samar dan cuba elak tetapi gagal.

"Di tempat sama, sebuah kenderaan ronda LPT2 yang berada di tempat kejadian untuk kawalan lalu lintas telah dilanggar sebuah Proton Waja yang datang dari belakang.

"Kesemua pemandu dan penumpang alami kecederaan ringan. Keadaan tempat kejadian jalan lurus, jalan dua lorong dua hala, garisan putih putus-putus di tengah jalan sebagai pembahagi lorong jalan.

"Keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering, serta gelap. Kesemua pemandu serta penumpang mengalami kecederaan ringan dan kes disiasat mengikut Rule 10 Ln 166/59," katanya.

Kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM395.1 LPT2 Bukit Besi-Ajil, di sini, pagi tadi.
Kemalangan membabitkan empat kenderaan di KM395.1 LPT2 Bukit Besi-Ajil, di sini, pagi tadi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia