Tentera Rusia tidak guna peluru berpandu Tochka -U

Tentera Rusia tidak pernah menggunakan peluru berpandu Tochka-U yang serpihannya ditemui di Donetsk pada bulan lalu. - Foto AP
Tentera Rusia tidak pernah menggunakan peluru berpandu Tochka-U yang serpihannya ditemui di Donetsk pada bulan lalu. - Foto AP
A
A
A

MOSCOW - Kementerian Pertahanan Rusia menolak dakwaan Kiev mengenai serangan peluru berpandu oleh tentera Rusia di stesen kereta api Kramatorsk pada Jumaat.

Dalam serangan itu, serpihan peluru berpandu taktikal Tochka-U yang digunakan oleh tentera Ukraine ditemui di tempat kejadian, kata kementerian tersebut.

"Semua dakwaan oleh wakil rejim nasionalis Kiev bahawa Rusia didakwa melakukan 'serangan peluru berpandu ke atas terminal kereta api di Kramatorsk adalah provokasi dan sama sekali tidak ada kaitan dengan realiti.

"Angkatan Tentera Rusia tidak mempunyai tugas menembak di bandar Kramatorsk pada 8 April," tegas kementerian itu.

Serpihan peluru berpandu taktikal Tochka-U ymditemui berhampiran terminal Kramatorsk.

"Pada 14 Mac 2022, satu batalion briged peluru berpandu Ukraine melancarkan serangan peluru berpandu Tochka-U yang serupa terhadap pusat Donetsk yamg mana 17 orang terbunuh dan 36 orang awam lagi cedera," kata kementerian itu.

Sementara itu, Jurucakap Militia Rakyat Republik Rakyat Donetsk (DPR), Eduard Basurin berkata sebelum bahawa kira-kira 30 orang terbunuh selepas peluru berpandu Tochka-U mengenai stesen kereta api di Kramatorsk pada Jumaat lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: