'Kepada abang makan ais krim...'

Paparan skrin video penunggang motosikal yang sedang enak makan ais krim menjadi tular di media sosial.
Paparan skrin video penunggang motosikal yang sedang enak makan ais krim menjadi tular di media sosial.
A
A
A

MEDAN - INDONESIA . Bagi meningkatkan kesedaran kepada pengguna jalan raya, polis di Indonesia telah melaksanakan sisitem electronic-Traffic Law Enforcement (e-TLE).

Sistem ini menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) di lampu isyarat dan pembesar suara untuk mengawasi pengguna yang melanggar undang-undang lalu lintas.

Baru-baru ini tular di Twitter, video berdurasi 53 saat di simpang jalan Setia - Dr Mansur, Kota Medan, Indonesia.

Kedengaran suara seorang polis wanita di jalan itu yang menegur penunggang motosikal melakukan kesalahan kerana berhenti di lintasan zebra.

Bagaimanapun teguran itu dianggap lucu dan menarik perhatian netizen hingga meraih lebih 1 juta tontonan setelah dimuat naik di Twitter Twet Polisi.

Audio itu berbunyi, "Kepada abang makan ais krim, dan ibu yang berada di sampingnya, sila undur ya bang, sila berada di belakang lintasan zebra.

"Kepada abang yang makan ais krim, habis dulu ais krimnya, baru jalan...," katanya menerusi pembesar suara di e-TLE.

Reaksi penunggang motosikal yang nyata memberi fokus ke arahnya terus tersenyum tersipu malu.

Artikel Berkaitan:

Polis wanita itu melihat reaksi spontan penunggang itu dari CCTV dengan berkata,"Aduh! manis sekali bang senyumannya. Sila habisi dulu ais krim baru mulakan perjalanan," katanya.

Rata-rata netizen terhibur dengan tindakan polis wanita menegur penunggang motosikal meskipun telah melakukan kesalahan.

Netizen, Szwnaiman berkata,"Jika e-TLE dipasang di Malaysia, pasti ada adegan lucu, kelakar malah boleh mengurangkan kemalangan jalan raya".

Bagi Aj_morpi, "Sopan sangat pengumuman dia, suara lembut saje, memang malu la si abang makan ais krim".