Lampard kecewa Everton tewas

Lampard kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto Getty Images
Lampard kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Everton Frank Lampard, nyata kecewa dengan kekalahan 2-3 skuad kendaliannya itu berdepan Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Menurutnya, kekalahan itu sekali gus menjadikan skuad The Toffees itu hanya dipisahkan dengan satu mata berbanding The Clarets ketika ini.

“Kedudukan mata adalah perkara paling penting sekarang dan kita hanya ada kelebihan satu mata berbanding Burnley.

“Jika menang tadi (Khamis), kami dapat menjarakkan sedikit kedudukan mata berkenaan.

“Bagaimanapun, perlawanan telah berakhir dan kita perlu memastikan tidak kecewa lagi pada perlawanan akan datang,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Richarlison menyempurnakan dua sepakan penalti pada minit ke-18 dan minit ke-41, bagi memadam gol pembukaan jaringan Nathan Collins pada minit ke-12.

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua Burnley mula bangkit dengan menjaringkan dua gol menerusi Jay Rondriguez pada minit ke-57 dan Maxwell Cornet (minit-85), bagi memastikan kemenangan skuad The Clarets.

Sementara itu Lampard berharap kesebelasan The Toffees itu untuk bangkit pada perlawanan akan datang dengan mencatatkan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, skuad kendaliannya itu juga tidak mempunyai pilihan selain memastikan tidak keciciran mata pada baki sembilan perlawanan EPL selepas ini.

“Dalam bola sepak, kita ada tiga hari untuk ‘pulih’ dan kembali beraksi pada perlawanan seterusnya dan kita hanya ada baki sembilan perlawanan untuk diharungi.

“Oleh itu, kita juga perlu memanfaatkan situasi ini dengan meraih sebanyak mungkin mata dan mengelak daripada penyingkiran,” katanya.