Celvin pacu kemenangan ketiga Sang Kenari

Celvin (dua dari kanan) berjaya mengambil kesempatan menjaringkan gol selepas berlaku kekalutan di hadapan pintu gol Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC
Celvin (dua dari kanan) berjaya mengambil kesempatan menjaringkan gol selepas berlaku kekalutan di hadapan pintu gol Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada Rabu. - Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meneruskan rentak tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Super 2022 selepas terbaharu menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Pelawat terlebih dahulu berjaya memberikan saingan dan berbalas serangan dalam mengimbangi corak permainan yang ditampilkan tuan rumah pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun, jaringan yang dinanti-nantikan tuan rumah muncul pada minit ke-55 hasil jaringan pertahanan KDA FC, Rodney Celvin selepas berlaku sedikit kekalutan di hadapan pintu gol lawan.

Kegagalan penjaga gol Sri Pahang FC, Mamasou Samassa yang terlebih dahulu mengeluarkan percubaan tandukan Syafiq Ahmad telah dimanfaatkan oleh Celvin untuk meletakkan Sang Kenari di hadapan 1-0.

Pada minit ke-80 pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Johan Martial namun dibatalkan oleh pengadil kerana terlebih dahulu mengesan 'foul' yang dilakukan pemain tersebut kepada pemain tuan rumah.

Tok Gajah menggandakan asakan pada penghujung perlawanan untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata pada aksi sulung mereka, namun keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat.

Artikel Berkaitan: