Wanita nyaris maut Myvi jatuh gaung

Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kuala Dong ke Batu Malim, Raub pada Rabu. Foto: Ihsan JPBM
Keadaan kereta yang dipandu seorang wanita yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Kuala Dong ke Batu Malim, Raub pada Rabu. Foto: Ihsan JPBM
A
A
A

RAUB- Seorang wanita nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya jatuh gaung sedalam kira-kira tiga meter di Jalan Kuala Dong ke Batu Malim di sini pada Raub.

Mangsa yang berusia 48 tahun itu diselamatkan oleh orang awam di tempat kejadian dan hanya mengalami cedera ringan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria memberitahu, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 8.55 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sampai di tempat kejadian terdapat sebuah kereta dan seorang wanita dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Anggota diarahkan untuk membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi mangsa dan bahaya yang ada," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, selepas dipastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan dan jentera serta anggota bertolak balik ke balai.

Artikel Berkaitan: