Caj permit niaga bazar Ramadan, Aidilfitri kekal: MBK

Hamdan melawat bazar Ramadan di di Mahkota Square di sini pada petang Isnin.
Hamdan melawat bazar Ramadan di di Mahkota Square di sini pada petang Isnin.
A
A
A

KUANTAN - Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengekalkan kadar caj permit perniagaan bagi pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri seperti tahun lalu.

Datuk Bandar MBK, Datuk Hamdan Hussin berkata, pengekalan itu dibuat sebagai usaha membantu peniaga untuk meneruskan perniagaan mereka tanpa kenaikan caj yang dikenakan.

“Setakat ini tiada perubahan kadar dan ini bermaksud kita masih kekalkqn caj lama dan kita harap usaha ini juga dapat membantu golongan peniaga dan penjaja.

"Apabila tidak berlaku sebarang kenaikan kos, saya mengharapkan peniaga dapat usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka selain mengekalkan harga berpatutan kepada pengguna," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian dan pelancaran pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri lestari dan pintar MBK bagi Tahun 2022 / 1443H dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara MBK dan Axiata Digital Ecode Sdn Bhd di Mahkota Square di sini pada petang Isnin.

Hamdan berkata, sebanyak 17 penganjur pasar Ramadan dan bazar Aidilfitri di 25 lokasi di daerah ini.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 20 lokasi membabitkan pasar Ramadan manakala lima lokasi lagi ialah bazar Aidilfitri dengan jumlah keseluruhan peniaga ialah seramai 1,045 orang, pada tahun ini.

"Pihak kita juga akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa makanan dan juadah yang dijual di bazar Ramadan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk pengguna," katanya.

Artikel Berkaitan: