Iftar Ala Madinah@Karangkraf meriah

Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub (tiga dari kanan) turut hadir berbuka puasa bersama orang ramai dalam Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

A
A
A

SHAH ALAM - Setelah hampir dua tahun menyepi, Dataran Karangkraf, Shah Alam di sini kembali dimeriahkan dengan penganjuran Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang bermula pada Isnin sepanjang Ramadan kali ini.

Pengunjung dilihat mula hadir bersama keluarga dan kenalan sekitar jam 6 petang untuk mengambil tempat bagi memeriahkan program tersebut.

Gambar dari kiri: Mohd Hazwan, Siti Aminah, Mohd Rosli, Amirul, Nik Mat Kilau
Gambar dari kiri: Mohd Hazwan, Siti Aminah, Mohd Rosli, Amirul, Nik Mat Kilau

Acara pada petang itu turut diserikan dengan pengisian tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai suasana berbuka puasa seperti berada di Masjid Nabawi, Madinah ketika Ramadan.

Program yang diadakan bermula 4 April hingga 29 April ini merupakan acara di bawah naungan Sinar Harian bersama Karya Bestari dan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Suasana Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Suasana Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Sementara itu, Ketua Projek yang juga Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, pelaksanaan program berbuka secara percuma itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai termasuk golongan yang memerlukan meraikan bersama-sama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, acara tersebut mampu menampung sehingga 1,000 pengunjung setiap hari.

Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam program berbuka puasa ala Madinah ini perlu membuat pengesahan kehadiran jam 10 pagi sehari sebelumnya dengan menghubungi sekretariat di talian 019-213 3315.

Suasana semasa Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Suasana semasa Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Suasana orang ramai yang hadir bagi mengikuti Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Suasana orang ramai yang hadir bagi mengikuti Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf yang berlangsung di Dataran Karangkraf di sini, pada Isnin. - Foto SINAR HARIAN /ASRIL ASWANDI SHUKOR.