Tentera maut bertembung kereta

Keadaan motosikal Haidir (gambar kecil) yang teribat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya pada hari kedua Ramadan. Gambar kecil: Haidir
Keadaan motosikal Haidir (gambar kecil) yang teribat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya pada hari kedua Ramadan. Gambar kecil: Haidir
A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang tentera maut selepas motosikal Yamaha LC yang ditungganginya bertembung sebuah kereta di Kampung Paku di sini, pada Isnin.

Dalam kejadian jam 2.50 petang, mangsa, Haidir Idris, 23, yang bertugas di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK) Sungai Udang di sini, dalam perjalanan dari arah Lendu, Masjid Tanah menghala ke Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika tiba di lokasi kejadian yang berselekoh dan mendaki bukit, mangsa dipercayai hilang kawalan sehingga bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang suri rumah berusia 31 tahun.

"Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

"Bagaimanapun suri rumah terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

"Kedua-dua kenderaan ditahan untuk dibawa Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

"Kes disiasat disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: