Peniaga disyaki miliki rokok seludup, ganja

Dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar bandar Tanah Merah.

Rokok seludup yang dirampas oleh PGA di kedai runcit dan sebuah rumah di Kampung Air Asahan, Batu Gajah, Tanah Merah.
Rokok seludup yang dirampas oleh PGA di kedai runcit dan sebuah rumah di Kampung Air Asahan, Batu Gajah, Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang peniaga kedai runcit serta merampas rokok seludup dan ganja bernilai lebih RM25,000 dalam serbuan di Kampung Air Asahan, Batu Gajah, di sini, pada Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, bertindak atas maklumat penyeludupan rokok tidak bercukai, sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Batalion 7 PGA Kuantan, Pahang menyerbu kedai runcit terbabit dan menahan peniaga berusia 53 tahun itu.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di dalam premis menemui sejumlah rokok seludup.

“Susulan itu, pemeriksaan kedua di sebuah rumah di kampung sama menemui sejumlah lagi rokok bersama ketulan mampat seberat 239.36 gram dipercayai dadah jenis ganja yang disembunyikan di bahagian bawah rumah berkenaan.

“Turut dirampas sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600 dan wang tunai bernilai RM5,939 menjadikan keseluruhan rampasan bernilai RM 32,373.40,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Azhan memberitahu, ganja dianggarkan bernilai RM598.40 manakala jumlah keseluruhan rokok ialah 32,800 batang dianggarkan bernilai RM24,600.

“Rokok dan ganja berkenaan dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar bandar Tanah Merah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketulan mampat yang dipercayai ganja. - Foto PGA
Ketulan mampat yang dipercayai ganja. - Foto PGA

Ujarnya, suspek yang merupakan lelaki tempatan mengaku sebagai pemilik kedai runcit itu

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum 10 kali ganda nilai atau RM100,000 dan Seksyen 39B ADB 1952 yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“PGA akan terus memastikan sempadan negara Malaysia -Thailand tidak dibolosi kegiatan jenayah rentas sempadan,” katanya.