Klopp puji aksi bertenaga Liverpool

Jota meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menewaskan Watford di Anfield pada Sabtu
Jota meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menewaskan Watford di Anfield pada Sabtu
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp memuji persembahan yang ditampilkan pasukannya yang berjaya menewaskan Watford 2-0 di Anfield pada Sabtu.

Menurut jurulatih kelahiran Jerman itu, beliau tidak menyangka pasukannya mampu menampilkan persembahan yang baik selepas tidak bersama hampir dua minggu susulan rehat antarabangsa yang ditetapkan oleh FIFA.

"Saya tidak pernah terfikir dapat melihat aksi terbaik musim ini selepas tempoh rehat. Saya tahu bukan saya sahaja yang mengalami masalah untuk menampilkan pasukan terbaik selepas rehat antarabangsa.

“Bagaimanapun saya percaya pasukan akan beraksi dengan lebih baik selepas ini kerana mereka berjya mempamerkan kematangan dan menguasai perlawanan meskipun selepas hampir dua minggu tidak bersama,” katanya.

Pada perlawanan itu, Liverpool meraih gol pertama menerusi Diogo Jota minit ke-22 sebelum Fabinho mengesahkan kemenangan apabila menyempurnakan sepakan penalti minit ke-89.

Untuk rekod, Liverpool kini berada di kedudukan kedua dengan mengumpul 72 mata selepas 30 perlawanan, dibezakan hanya satu mata dengan pendahulu liga Manchester CIty.

Selepas ini Liverpool akan bertemu City minggu depan di tempat lawan selain mengharungi dua aksi suku akhir Liga Juara-Juara bertemu Benfica dan aksi separuh akhir Piala FA bertemu City.

Artikel Berkaitan: