Manchester City tenang kembali ke puncak EPL

Bruyne antara pencetak gol ketika membantu Manchester City menewaskan Burnley di Turf Moor dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.
Bruyne antara pencetak gol ketika membantu Manchester City menewaskan Burnley di Turf Moor dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.
A
A
A

MANCHESTER City kembali ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan meyakinkan 2-0 ke atas Burnley yang bergelut di zon penyingkiran pada Sabtu.

Anak buah Pep Guardiola yang tampil memerlukan kemenangan untuk merampas semula kedudukan teratas selepas pesaing kejuaraan sensasi Liverpool menewaskan Watford 2-0 lebih awal di Stadium Anfield sebelum itu.

Dua gol babak pertama jaringan Kevin de Bruyne (5') dan Ilkay Gundogan (25') sudah cukup mengesahkan tiga mata untuk angkatan Guardiola kembali memimpin liga dengan kelebihan satu mata.

Keputusan di laman keramat The Clarets menyaksikan Manchester City mengumpul 73 mata selepas mengharungi 30 perlawanan manakala Burnley asuhan Sean Dyche kekal di tangga ke-19 liga selepas beraksi 28 perlawanan.

Artikel Berkaitan: