Jemaah Surau AlHijrah kekal patuh SOP

Jemaah surau Alhijrah, Bandar Springhill, Port Dickson menunaikan solat tarawih pada hari pertama sempena Ramadan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Jemaah surau Alhijrah, Bandar Springhill, Port Dickson menunaikan solat tarawih pada hari pertama sempena Ramadan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
A
A
A

PORT DICKSON - Kebenaran menunaikan solat tarawih dengan merapatkan saf mengikut aturan sejadah bersaiz besar di Surau AlHijrah, Bandar Springhill di sini kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan.

Pengerusi Surau AlHijrah, Bandar Springhill, Port Dickson, Ramli Ismail berkata, SOP kali ini memberi peluang lebih ramai jemaah hadir menunaikan solat terawih.

Menurut beliau, jemaah tidak menghadap masalah kerana sebelum ini mereka mematuhi SOP

"Ramadan kali ini ternyata menggembirakan jemaah yang datang awal dan bersama membuat persiapan dengan melakukan gotong-royong," katanya ketika ditemui di surau itu pada Sabtu.

Katanya, ahli jawatankuasa surau turut menganjurkan program berbuka puasa setiap hari sejak 10 tahun lalu hasil derma orang ramai.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan menetapkan penjarakan fizikal ketika mendirikan solat berjemaah dan wirid di semua masjid dan surau di negeri ini mengikut aturan sejadah bersaiz besar iaitu 0.6 meter lebar x 1.2 meter panjang mulai 1 April ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, selain menjaga penjarakan fizikal satu meter, jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara serta penduduk tetap yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19.

"Satu sejadah hanya untuk seorang sahaja, jemaah boleh rapatkan sejadah tapi tidak boleh berkongsi dalam keadaan pandemik ini, jemaah juga perlu membawa sejadah sendiri, pakai pelitup muka dan imbas Mysejahtera,” katanya.

Artikel Berkaitan: