Depot minyak Rusia terbakar akibat serangan udara tentera Ukraine

Sebuah depot minyak terbakar akibat serangan udara dua buah helikopter tentera Ukraine di Belgorod, Rusia pada Jumaat. - Foto socialmedia/east2westnews
Sebuah depot minyak terbakar akibat serangan udara dua buah helikopter tentera Ukraine di Belgorod, Rusia pada Jumaat. - Foto socialmedia/east2westnews
A
A
A

MOSCOW - Sebuah depot minyak terbakar pada Jumaat di bandar Belgorod, Rusia berhampiran sempadan dengan Ukraine, kata Gabenor Belgorod, Vyacheslav Gladkov.

Gladkov berkata, kebakaran depot minyak itu disebabkan oleh serangan udara yang dilakukan oleh dua buah helikopter tentera Ukraine.

"Kebakaran di depot minyak berlaku akibat serangan udara dari dua buah helikopter angkatan tentera Ukraine yang memasuki wilayah Rusia pada ketinggian rendah," menurut kenyataan Gladkov dalam saluran Telegramnya.

Dua pekerja depot minyak itu dilaporkan cedera.

Perkhidmatan kecemasan berusaha menangani kebakaran tersebut dengan penduduk di kawasan berhampiran telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Rusia, lapan tangki bahan api di depot itu terbakar akibat serangan tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: