Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu

Ismail Sabri (kanan) bersama Joko Widodo (kiri) . - Foto Bernama
Ismail Sabri (kanan) bersama Joko Widodo (kiri) . - Foto Bernama
A
A
A

JAKARTA- Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai Bahasa ASEAN satu hari nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kedua negara sepakat untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.

"Kita berterima kasih kepada Bapak Presiden kerana bersetuju dengan Malaysia untuk memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa serumpun,” kata perdana menteri.

Menurutnya Bahasa Melayu digunakan secara meluas di Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thailand, Kemboja dan Filipina.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo selepas menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.

Menyentuh isu serantau, Ismail Sabri berkata kedua-dua negara bersetuju isu Rohingya perlu diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan Myanmar sendiri, dan menurutnya ia adalah isu besar bagi Malaysia memandangkan ketika ini terdapat 200,000 orang pelarian Myanmar Rohingya di Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: